Saturday, September 14, 2013
Mom. Treasure.
Alhamdulillah..
Aku masih lagi bernasib baik sebab still ada ibu dan ayah sebagai tempat berkongsi suka dan duka. Tapi jangan salah paham, bila aku suka aku kongsi tapi bila aku ada masalah cukuplah kalau dengar suara mak aku dalam telefon. Tak perlu rasanya nak mengadu. Dah besar kan...??
Tepat 12 malam nanti is mom's 62nd birthday. Aku nak call pon dah lewat so esok lah aku call and wish. But before that this entry is just for you. Mak, Selamat hari lahir. Semoga dianugerahkan nikmat kesihatan yang baik dari-Nya.
You're the best mom in the world and mak dan ayah is the best treasure in the world.!
Happy birthday and love you mak.!
Friday, September 13, 2013
UNITEN Merdeka 10's
Salam 1 Ragbi,
Alhamdulillah selesai juga event aku yang aku mula rangka sejak dari April lagi. Actually event ni 24 and 25 Ogos aritu tapi sebab tak bajet bajet sibuk so aku pon delay sokmo untuk update blog bersarang aku ni.
Dengan bangganya aku boleh cakap aku dengan krew-krew aku yang awesome yang organise tournament ni. Ada sebab kenapa aku susah payah bagi tournament ni a success. First sebab aku nak main kat home sendiri. Second sebab aku nak bagi budak budak junior pon main. Sebabnya kalau mana-mana tournament UNITEN just approve untuk hantar satu team je. So dengan itu team kat atas ni la yang akan pergi. Bukan sebab seniority. Ada juga junior dalam team ni. Tapi boleh kata dis is the best asset yang ada.
Haaa... this is the junior team. Sorry lah senior nak menyibuk sikit. So far ada 17 team yang join event ni. For UNITEN mcm aku cakap tadi anta dua so 15 team daripada luar. The team are :
UNITEN A, UNITEN B, JLJ, Jenking Old Boys, KPTM Kuantan, Felda Unicorn, Dundee United RC, Jerantut Rainforest RC, Bukit Ubi, Poli Muadzam Shah, UMP Sharks, MMU Melaka, UNITEN Bangi, ILP kuantan, Polisas A, Polisas B, UiTM Kuantan.
Aku sangat terhutang budi dengan team team ni sebab even ada banyak kelemahan tapi diorang tetap supportive dengan still bertanding dalam tournament ni. JLJ siap offer referee lagi sebab aku ada masalah dengan referee. Lucky diorang ada, so dengan tu event ni dapat berjalan dengan lancar.
Malangnya team aku walaupun ni paling solid yang UNITEN ada just mampu dapat no 4 je among all. But so far ada peningkatan la sejak aku pegang kelab ni dari tahun lepas. Tapi sayang few of the players bakal tamat study sem ni so aku terpaksa find other players to replace them. Harap jumpa la.
Aku boleh la nak conclude event ni as a success tapi sebagai penganjuran kali pertama dan juga sebagai program director kali pertama masih banyak lagi kelemahan yang aku nampak. Aku dapat cadangan untuk buat tournament macam ni annually, aku okay je tapi bagi orang lain lah pulak. Dah tiba masanya aku fokus kat study balik. So itu sahaja untuk kali ni. Napi dah roger ajak makan. salam.
Subscribe to:
Posts (Atom)