Friday, October 18, 2013

MotoGP 2013


Salam,

Semenjak asyik kene "spam" bila aku update blog, aku jadik malas sekejap. After all, tade benda sangar pon nak bercerita. Masing masing sibuk. Dia free aku sibuk, aku sibuk dia free. Tapi apa apa pon sudah menjadi annual event bagi kitorang untuk melawat SiC setiap tahun sebab dua dua minat motoGP. Haaa. Baru cool kan..?

Tahun ni dah tahun ketiga kitorang pergi and aku rasa nak update sebab aku excited sebab tahun ni tak ada "red flag". Yelah. Tahun pertama red flag sebab Marco Simoncelli mati accident masa race MotoGP. Nasib la aku sempat tengok Moto3 sekejap and then Moto2. Tak ada la rasa rugi sangat. Tahun kedua pon red flag sebab hujan lebat. Tapi tahun ni dapat tengok full and aku puas hati la.


Bisanya kitorang duduk K1 tapi tahun ni tuah duduk Grand Stand mungkin. Best jugak la duduk Grand Stand ni. Bukan nak cakap kaya, tiket pun beli awal nak mampus sebab nak diskaun kan. Bestnya sebab senang nak dapat access to makanan. HAHAH. Makan kene makan beb.

Sebab aku excited sangat, tahun ni ada dua je gamba kitorang kat motoGP ni. Takde masa lah nak main2 phone. Kata datang nak tengok moto. Oh ya, selain tengok race aku juga dapat jamu mata tengok superbike idaman aku DUCATI STREETFIGHTER! Tengok lah banyak kali mana pon, still terliur. InsyaAllah. Tak lama lagi jadi hak milik.

So setakat itu sajalah. Nak cerita result takkan korang tak tahu kan. Gi check sendiri lah..








p/s : daten, tahun depan kita pergi lagi :)