Sudah bersawang rasanya blog aku ni. Nak buat macam mana. Sibuk kot. Siang aku pula mesti diakhiri dengan sukan yang aku suka which is rugby. Ya, rugby. Tapi bukanlah tackle setiap petang. Main rugby sentuh cukupla. Sekadar mengeluarkan peluh untuk badan. Orang cakap badan cergas otak cerdas. Tak gitu..?? Tapi disebabkan 21,22,23 Disember ni budak-budak ni nak pergi tournament, so training kena la hard sikit. Tapi, haa.. Ada tapi dia, main touch tetap wajib walaupun sekejap.
Nama team aku ni Uniten Rhino. Walaupun Rhino, tapi gameplay team ni tadelah hanya main crash membuta tuli macam badak sumbu. Tactical play masih menggunakan otak-otak mahasiswa which means pelbagai lah. Hey man, kitorang bukan main rugby sekolah rendah ya. Thanx God juga mostly players semua ada experience dalam tournament. So, tade masalah lah kalau setakat nak main touch. Just sekarang macam mana nak gabungkan experience tu untuk jadikan sebagai satu. Wah, bercakap serupa coach!
Hopefully tournament kali ni dapat la pegi. Proposal dah hantar. Harap-harap dapat la approval daripada HEP. Kalau tak, buat penat aku je. Whatever happens, we hope for the best. Training dulu!
-END-
No comments:
Post a Comment