Wednesday, November 14, 2012

Rambo Part Time


Wataniah

Dah 3 post aku dalam bahasa penjajah apa salahnya kali ni aku pakai bahasa ibonda pula. (sarkastik). Entry kali ni aku nak cerita pasal askar wataniah ni. Askar wataniah ni sebenarnya askar simpanan kalau kalau negara kita kena serang musuh. Semua orang boleh masuk askar wataniah ni provided umur dah lebih 18. Qualification and training dia pon hanyalah basic training yang kalau nak comparekan dengan training askar regular, bagai langit dengan bumi beza levelnya. 




Aku pon masuk askar wataniah ni. Bukan apa, kat universiti aku tade PALAPES macam universiti-universiti lain. So, aku pon join la wataniah ni untuk isi hujung minggu aku yang bosan kat Muadzam tu. Training dia hujung minggu sahaja and sebulan 2 kali je and training dia tak wajib pon kau ikut. Just, kalau kau free and nak follow training, pegi la. Nampak tak betapa longgarnya peraturan dia bagi. Lagi pon, ini sukarela so diorang takkan bagi yang teruk teruk. Alah, bagi rasa sikit sikit je pon. Biasa la tu kan....




Aku bermula dengan pangkat rekrut dalam wataniah ni. Tapi aku berpeluang untuk pergi kursus selama sebulan ( dipecahkan 2 fasa- 2 minggu untuk satu-satu fasa) dan sekarang aku dah jadi prebet. Kursus dia taklah teruk. fasa  1 aku belaja asas kawat dan senjata. Fasa 2 pula aku belaja taktik perang dan latihan medan. Benda paling best sekali dalam fasa 2 ni is latihan medan lah. Baru boleh jadi rambo tetiap hari. hahaha.  Maybe aku akan stay prebet sampai aku dah grad kot sebab lepastu aku nak apply utk pergi kursus pegawai la pula. hehe. 




Dari segi elaun, hujung minggu punya elaun tak banyak tapi boleh la.. untuk tahun 2013 Najib dah umum untuk naikkan elaun kepada 1jam RM6. Sapa nak bagi kau duit banyak tu kan...?? So untuk tahun depan kalau aku pergi latihan, tebal la sket poket tu. Untuk kursus pula, elaun dibayar ikut gaji pangkat semasa. So kalau rekrut dalaam 900++ je. kalau prebet ni naik la sket jadi RM1k++. Ha, berminat...??Pakaian-pakaian juga diisu. Loreng, kasut, beret, beg and macam-macam la dia bagi. So macam best la kan dapat pakaian askar.(jakun)



Sapa-sapa yang dulu cita-cita nak jadi rambo tapi tak sampai tu boleh la join askar wataniah ni. Tak dapat jadi rambo full time jadi rambo part time  jadi la kan...?? haaa, $$ pon masyuk. Pengalaman pon dapat. So, tade apa yang rugi pon kalau masuk wataniah ni. Cuma kalau masuk hutan tu, kene la tinggal skandal/gf/bini tu kejap. Alah, tak lama poonnn :p

Jurulatih aku selalu cakap, "bila dah nama askar malaya, tidur dan makan mesti nombor 1". Betul rasanya. :D

No comments: